25 June 2013

Panas! Neolofa Nafi Tuntut Hutang Shahrizal Jaszle Guna SMS..

 
KUALA LUMPUR - Pelakon popular, Noor Neelofa Mohd. Noor, 24, menafikan dia ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada aktor Shahrizal Jaszle untuk menuntut hutang sebanyak RM5,000 baru-baru ini.

Aktres itu menyifatkan isu Shahrizal atau nama sebenarnya Mohd. Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, berhutang dengannya itu sudah dua tahun berlalu dan dia sendiri berasa agak pelik apabila isu tersebut tiba-tiba dibangkitkan oleh Shahrizal sendiri.

"Saya ingin menegaskan bahawa tiada sebarang SMS yang dihantar kepada Shahrizal untuk menuntut hutang daripadanya, malah kami sudah lama tidak berhubung atau berjumpa antara satu sama lain.

"Lagipun, saya sudah lama melupakan tentang hutang itu dan saya telah menghalalkan berapa sahaja jumlah yang dia berhutang dengan saya," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.





sumber: http://www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Statistik Traffic

  • Ping