26 June 2013

Panas! Nora Danish 'goda' anak Nazri Aziz?


Sekitar April lalu, timbul gosip pelakon Nora Danish bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi ekoran beliau dikatakan membeli barangan persiapan perkahwinan di Jakarta, Indonesia.

Dalam sebuah blog hiburan Nora mengakui memang dia ada membeli kain di sana tetapi bukan untuk persiapan perkahwinan sebaliknya sempena persiapan hari raya Aidilfitri, yang akan menjelang tidak lama lagi. Terbaru ada khabar pula mengatakan ibu anak satu ini sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang anak Menteri.

Jejaka itu dikenali sebagai Nadeem. Betul ker Nora?

"Saya berkawan dengan ramai orang. Kawan-kawan saya ada yang dikalangan anak menteri, ada juga yang orang biasa. Cuma mungkin sebab dia anak menteri, jadi orang bercakap tentang itu.

"Saya dengan dia (Nadeem) hanya kawan. Cerita kami jalin hubungan istimewa, tak benar. Dan saya tak ada buat bisnes apa-apa pun bersama dia (gelak). Kami memang dah lama berkawan. Sebenarnya dah tujuh tahun saya kenal dia. Saya kenal dia sejak sebelum saya berkahwin dengan Jejai lagi", jelas Nora Danish kepada Malaysian Digest.com.

Nora yang ditemui di majlis Seindah Ramadan TV3 bertempat di restoran AL-Rawsha, Kuala Lumpur petang semalam diminta mengulas mengenai gosip hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato' Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu.

Manakala mengenai gambarnya bersama jejaka tersebut yang dimuatkan di dalam instagramnya, Nora berkata, dia sudah bersedia dengan apa juga tanggapan dan spekulasi yang bakal timbul. Malah bintang filem Mencari Cinta ni telah menjangkakan gambar itu pasti akan jadi bahan bualan hangat ramai.

"Masa saya post gambar tu, saya memang awal-awal dah bersedia dah dengan apa yang orang akan kata. Biasa lah, pengikut-pengikut saya di Instagram, ramai yang memang pandai buat andaian", ujarnya sambil tersenyum.

Dalam pada itu luah Nora, selama 10 tahun bergelar anak seni, membuatkan dia lali dengan gosip cinta yang sering menghimpit dirinya. Namun dia tidak mudah melatah sebaliknya menganggap itu adalah asam garam sebagai seorang selebriti. Beritahu Nora, dia sebenarnya sudah lama bersedia bercinta dan berkahwin semula.

"Masa mula-mula dalam industri dulu saya frust jugalah bila selalu timbul gosip saya bercinta degan orang itu, orang ini. Paling kelakar sekali, gosip saya dengan Noh Hujan. Timbul juga gosip dengan Zizan lah. Tapi saya anggap itu sebagai asam garam bergelar artis. Saya tahu peminat sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Kerana itu saya tak mudah melatah.

"Sebenarnya saya dah lama bersedia bercinta dan nak berkahwin semula. Sesiapa saja lelaki yang berjaya menambat hati saya, saya terima. InsyaAllah, kalau ada jodoh dan bila saya nak berkahwin nanti, saya pasti akan beritahu pada semua", katanya.

Sementara menyentuh pula tentang perkembangan seni, Nora bersama Adi Putra serta pengacara Fiza Sabjahan telah dilantik sebagai duta Seindah Ramadan TV3. Istimewa, ketiga-tiga duta ini bersama ramai lagi artis popular tanah air akan mengembara ke dua lokasi iaitu di Johor Bahru dan Kuala Terengganu dan mereka akan memasak dan kemudian menjual juadah berbuka puasa.

"Nora akan sertai 'Baazar Seindah Ramadan' bersama ramai lagi artis. Kami akan memasak dan menjual juadah buka puasa. Kami akan ke Johor pada 13 Julai dan Terengganu pada 27 Julai. Hasil jualan juadah itu nanti kita akan salurkan ke rumah anak yatim terpilih", katanya.

Nora, Adi Putra dan Fiza Sabjahan dilantik sebagai duta Seindah Ramadan TV3.

Selain itu difahamkan Nora akan menghangatkan malam sampaikan ucapan raya pada malam menjelang 1 Syawal serta akan muncul menerusi telemovie khas Aidilfitri berjudul Ijab dan Qabul, bergandingan dengan hero yang tidak asing lagi, Adi Putra pada hari raya nanti. – Malaysian Digest.



kredit

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Statistik Traffic

  • Ping