03 September 2013

Bola Sepak: Malaysia Juara AFF U16 Championship 2013 Tewaskan Indonesia..!!


Pasukan Malaysia berjaya menjuarai AFF U16 Championship selepas menewaskan Indonesia dengan penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat seri satu sama tamat permainan.

Sebelum itu, pasukan Harimau Muda D yang banyak menguasai permainan pada babak pertama di kejutkan oleh serangan pantas oleh pasukan Indonesia apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke 28 menerusi Wahyudi.

Walaubagaimanapun corak menyerang pasukan Malaysia tidak berubah apabila cuba menembusi kubu pihak lawan namun dapat di patahkan oleh pertahanan Indonesia.

Pada babak kedua, pasukan Malaysia meneruskan aksi serangan dengan misi mencari gol penyamaan namun terpaksa menunggu sehingga masa kecederaan apabila di hadiakan sepakan penalti dan penalti itu berjaya disempurnakan oleh Shahrul.

Tamat masa penuh Malaysia dan Indonesia terikat satu sama dan pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.

Dalam sepakan penalti menyaksikan babak yang sunggu mencemaskan bagi kedua-dua pasukan.

Tiga sepakan penalti pasukan Malaysia gagal disudahkan oleh pemain Malaysia, namun ketangkasan penjaga gol Malaysia dan kesilapan pemain Indonesia dalam baki sepakan membolehkan Malaysia menjadi juara AFF U16 Championship 2013.
 
 
 

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Statistik Traffic

  • Ping