20 September 2013

Dazrin Kamaruddin Bertunang Dengan Pelakon Drama Jodoh..!!

Dazrin Bertunang Dengan Pelakon Drama Jodoh



TAHNIAH diucapkan buat pelakon Dazrin Kamaruddin, 25, yang dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan dengan buah hatinya yang juga merupakan seorang pelakon baru, Amyra Rosli.

Jika anda masih ingat kedua-dua mereka pernah digandingkan bersama dalam drama bersiri Jodoh yang turut dibintangi pelakon popular Scha Al-Yahya.

Menceritakan menngenai majlis pertunangannya itu, Dazrin menjelaskan kepada portal Gua, “ya, saya sudah mengikat tali pertunangan bersama Amyra Rosli.  Saya bertunang dengan dia pada 25 Ogos lalu. Saya dan dia sudah tiga tahun berkawan.  Saya rasakan pertunangan saya dengan dia merupakan langkah seterusnya yang saya ambil setelah bersahabat dengannya dan juga sebelum kami melangsungkan perkahwinan”.


Ketika ditanya apakah ciri-ciri yang ada pada Amyra yang membuatkan dirinya terpikat, Dazrin berkata, “Amyra seorang yang baik dan peramah. Dia pandai menjaga hati saya. Cara layanan dan cara dia menjaga saya membuatkan saya tertarik. Apa yang penting, dia merupakan seorang yang ‘family person’.  Itu yang sangat penting bagi saya. Dia sangat rapat dengan keluarganya dan cara dia melayan keluarganya sangat baik dan bersopan santun. Dia juga sangat mesra dan melayan keluarga saya dengan begitu baik sekali”.
Semoga segala perancangan masa hadapan yang dirancang Dazrin dan tunangnya berjalan lancar seperti yang direncanakan.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Dazrin dan Amyra!

1
2
3 




kredit

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Statistik Traffic

  • Ping